gambar banyak nak buh tapi wayar utk disambung selalu ghaib,dimasak oleh cek Tariq dalam periuk belanga.Macam-macam aktivitinya.Kadang-kadang ambil bedak utk dijadikan garam masakannya, kadang-kadang ambil blender mama di dapur dan buh acuan-acuan aiskrim mama utk diblender.Hehehe.
Cek Tariq juga kerap melukis gambar mama, babah dan dirinya dalam kertas atau buku contengnya.Pernah sekali, dia lukis mama yang sedang sarat(lukis orang lidi).
Mama tak perasan akan lukisannya sehinggalah pada suatu hari mama berasa ingin tahu apa yang dibuat oleh cek Tariq di satu sudut ruang tamu.Alangkah terkejutnya mama bila mendapati Tariq lukis orang lidi yang sedang sarat.Bila mama tanya siapa, Tariq pun gelak dan jawab 'mama!!".hehehe
Masa tu mama rasa tersentuh hati tatau kenapa tapi mama harap Tariq akan sayang pada adik Tariq nanti dan jangan lupa doakan kesejahteraan mama sentiasa.I love u so much dan kasih sayang mama takkan berbeza antara kamu berdua,Insya Allah.
Hmm..,rasa agk sentimental...tukar topik

, sekarang ni kalau prgi keluar ke mana sahaja, dia sangat berminat dgn kereta, lori dan pistol.pistol air, pistol bunyik semua ada.Tak larat dh kena tembak dgn cek Tariq dgn pistol ayaq...hehe.
Ada satu hari tu, cek tariq nak beli satu kereta yang sudah dibeli semalam(lebih kurang sama, cuma lain sikit saja dr segi warna),mama nak gantikan dgn chocolate,nak gantikan dgn sweet pun dia takmo.Berkeras nak kereta yang satu.
'nak tuuuuu,yang itu mama, yang itu..'rayu cek Tariq.Suara tariq memang kuat kalau bercakap, kalau dlm satu dewan semua boleh dengar sejibik-sejibik sampai mama malu.
Semua orang dalam kedai memandang Tariq dan mama.Tariq menambah lagi dengan nada yang bersungguh-sungguh.'yang itu mama, yang itu"
Mama naik segan dan mama kata 'aik,semalam kan dah belik Tariq...,' , sambil tengok orang di sekeliling.haha..

Orang-orang dlm kedai tu jeling kat mama bila mama jawab macam tu.Hehehe.Awat?tak percaya ka?Mama jadi bengang dan terus beli kereta tu buat kali kedua.Heheheh.peninn
wokeh